Rabu, 22 Disember 2010

Tat Telur

 Utk entry kali ni, saya ingin berkongsi resepi Tat Telur. Tat telur memang salah satu makanan kegemaran kami satu family. Daripada beli kedai, baiklah buat sendiri, boleh makan puas2. Masa belum kawin dulu, mmg selalu buat tat telur dibantu oleh adik-adik. Sekarang ni, minat buat tat telur muncul semula..nasib baik anak2 suka makan,so..adalah tukang kasi habis...

 Inilah rupa acuan dan cawan kek utk tat telur.

Kena guna acuan yg agak dalam supaya senang nak bubuh intinya.

Bahan kulit:

220gm tepung gandum.
125g mentega.
50g gula aising.
2 biji kuning telur.

Intinya:

3 biji telur ayam.
125g gula pasir.
50ml susu segar/susu sejat
175 ml air.

Cara2 membuatnya:

1. Jerang gula pasir  & air hingga agak pekat. (Jadi air gula)
2. Gaul tepung, gula aising & mentega hingga sebati. Masukkan telur & uli hingga lembut.
3. Leperkan doh di dalam acuan tat dan bakar hingga agak keras, lebih kurang 5 minit pd suhu 165.
4. Pukul telur bersama susu segar hingga kembang dan campur dgn air gula tadi.
5. Tuang ke dalam tat yg telah di bakar sekejap tadi dan bakar semula selama 10 minit/ sehingga inti telur keras.
6. Klu dah sejuk, keluarkan dr acuan dan masukkan pula ke dalam cawan kek kertas.

SELAMAT MENCUBA..ANAK2 PASTI SUKA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan