Hujung minggu merupakan masa yang membosankan sekiranya tidak kemana-mana. Selalunya kami sekeluarga akan keluar membeli belah, tp, minggu ni suami agak sibuk dengan aktivitinya, so, saya & anak2 je kat rumah. Selain daripada berinternet, saya sangat suka membuat kek & bun, so, timbullah idea membuat muffin ni. Untuk membuat muffin ni, saya menggunakan bahan2 yang memang ada kat rmh. Membuat muffin ni memang mudah, utk penyediaannya memerlukan 15 minit je, manakala 25 minit untuk membakarnya di dalam oven. Muffin yg sedap & lembut, sesuai untuk minum petang, selamat mencuba.
BLUEBERRY MUFFIN
Bahan2:
125 g mentega
120 g gula halus
3 biji telur saiz c
250 g tepung serbaguna/gandum
1 sudu teh serbuk penaik
125 ml susu (saya guna susu tepung baby je, bancuh 3 sudu makan susu tepung bersama 125ml air panas, kemudian sejukkan)
Inti pai blueberry (Guna jem blueberry pun boleh juga)
Cara2nya:
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Tambah telur satu persatu.
2. Tambahkan tepung, serbuk penaik. Tuang susu & kacau perlahan.
3. Letak satu sudu adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah diletak di dalam acuan muffin. Saya gunakan mangkuk kertas yg keras jd tidak perlu guna acuan.
4. Tambahkan 1 sudu teh inti blueberry dan tambahkanlah adunan sebanyak satu sudu untuk menutup inti tadi.
5. Bakar pd suhu 200c selama 20-25 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan