Sabtu, 14 April 2012

Majlis Hari Jadi Uswatun yang ke-7 (Laksa)

Sebenarnya lama dah nak kongsi resepi laksa, tp..masa tak mengizinkan. Laksa ni saya buat semasa Sambutan Ulang tahun kelahiran 7 tahun, anak sulungku Dayangku Nur Uswatun Hasanah. Tarikh lahirnya jatuh pada 17hb Mac.


Kuah laksa: Nampak tak berapa pekat sebab isinya mendak kat bawah...kena gaul klu nak cedok.

RESEPI LAKSA

Bahan A:
1kg ikan Selayang @ Basong (Rebus, kemudian asingkan isi ikan & tulang)
6 ulas bawang merah (Ikut suka)
10ulas bawang putih (Ikut suka)
Lada kering (kisar) atau cili boh pun boleh
2 inci halia
2 keping asam keping
5 tangkai daun kesum
3 bunga kantan
Garam dan bahan perisa
Sedikit belacan
Sedikit serbuk lada hitam

Bahan B:

1 bungkus Mee laksa yang telah direbus sehingga kembang.
Timun ( Hiris nipis dan memanjang)
Limau
Bawang merah Bombay
Telur rebus
Cili padi/Taiwan (Hiris)
Lada besar merah (Hiris)

Cara-caranya:
1. Rebus ikan tersebut sehingga separuh masak. Kemudian pisahkan isi ikan dan tulang.
2.Tapis air rebusan ikan tadi untuk memisahkan tulang ikan. Kemudian masukkan air rebusan di dalam belanga untuk memasak.
3. Masukkan juga isi ikan yang telah dikisar. Kemudian masukkan tulang ikan yang telah dikisar dan ditapis ke dalam air rebusan tadi.
4. Bubuh bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di kisar. Campurkan juga lada kering kisar. Masak sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan asam keping, garam, bahan perisa, belacan dan serbuk lada hitam. Dan jangan lupa bubuh juga bunga kantan dan daun kesum.
6. Masak hingga sebati.
7. Hidangkan bersama bahan B.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan