Hari ni cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina, so, masa untuk menyediakan breakfast agak panjang sbb tak payah kelam-kabut nak pi sekolah. Apalagi macam-macamlah idea yg datang, last2 saya buat Hawaian Pizza je. Sejak rajin baking cakes, Pizzas & buns ni, berat badan naik secara mendadak. Rasa takut pun ada, tp, nak buat mcmana, klu dah buat pizza atau bun kena jg makan. Tak baik membazir..hehehe (Alasan je).
Bercerita tentang pizza ni, resepi saya ambik dari sebuah buku masakan yang saya beli, iaitu 'Joy of baking'. Cuma yang saya buat kali ni, saya ubah suai ikut citarasa saya & famili. So, siapa yg nak mencuba tu, sila-sila lah, jgn malu-malu.
Doh Pizza
250 gram tepung roti (protein tinggi/tepung gluten) Saya beli kat Bake with me.
140ml air sejuk
1/2 sudu besar yis segera (Saf- instant)
5 gram garam ( 1 sudu teh garam)
2 sudu besar minyak
Cara membuatnya:
1. Adunkan tepung, air sejuk, yis segera dan garam dlm mangkuk pencampuran. Lenyehkan selama beberapa saat dengan pemukul 'hook' ( Besi mixer yg berlingkar) kemudian tambah minyak. Adun sehingga doh itu elastik.
2. Pindah adunan kedalam bekas yang agak besar. Tutup bekas tersebut tuala basah, biarkan adunan lebih kurang 30 minit. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
3. Nipiskan doh & letakkan doh dalam 2 acuan bersaiz 9" yg disapu minyak.
4. Bagi doh naik selama 20-25 minit & bakar tapak pizza setengah masak pada 220c selama 15 minit.
5. Sapukan sos pizza secara rata pada tapak pizza dan tambahkan topping kesukaan anda. Saya letak isi ayam yg telah direbus, hirisan nenas, hirisan cendawan, moza cheese & oregano. Dan, saya guna sos cili biasa ja, klu nak lagi pedas boleh letak hirisan lada merah.
6. Bakar lagi selama 15 minit atau sehingga tapak pizza berwarna kekuningan.
Saya guna acuan springfoam, klu guna acuan jenis ni, tak perlu sapu minyak.
Nikmat!
Saya makan 2 potongan yang besar. Yg best suami pun mkn 2 potong, klu kat mkn pizza kat luar, dia mkn satu potong ja. Senyum manjang tgk suami mkn..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan