Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi resepi bergedil daging yang mudah disediakan. Sebagai seorang isteri yang bekerja, sudah pasti masa utk menyediakan makanan adalah terhad, so, mungkin resepi ni boleh membantu.Utk makluman semua, saya memang salah seorang pengemar kentang yg tegar..hehehe, mcm2 resepi kentang saya cuba. Manakala bergedil daging ni, mmg makanan yang paling saya suka, selera sangat klu makanan bergedil ni, terutama sekali klu ada sambal belacan.
Jadi korang layan je lah resepi ni ye!
Bahan A:
4 biji kentang sederhana besar (Dibuang kulit & rebus hingga empuk, kemudian toskan)
300g isi daging ( Di rebus sehingga empuk)
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu serbuk lada hitam
Sedikit daun sup/ketumbar yg dihiris halus
Klu nak boleh jg letak sedikit hirisan lada merah.
Sedikit garam.
Bahan B;
2 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Cara2nya:
1. Lecekkan kentang.
2. Carik2/ koyak2kan daging yg telah di rebus. Kemudian masukkan kedalam kentang yg telah dilumat tadi.
3. Masukkan bahan A yang lain. Gaul sehingga sebati.
4. Bentuk campuran bahan A tadi menjadi doh kecil, kemudian leperkan.
5. Bancuh bahan B sehingga sebati.
6. Kemudian celup doh yg telah dileperkan tadi kedalam bancuhan b tadi. Goreng di dalam minyak yang banyak. Klu dah agak kekuningan, boleh angkat dah. Lepas tu siap dah!
~ Berdegil ni boleh disediakan pada sebelah malam, letak dalam peti ais dan goreng pada sebelah pagi, boleh buat bekal pi sekolah. Ok..selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan