Sabtu, 9 April 2011

HATI PARIK CAKE WITH FRESHCREAM

Kek Hati Parik dgn freshcream ni ditempah oleh seorg kawan. Kek ni untuk birthday anaknya yg ke 23. Sebenarnya, kwn ni mau bunga Rose warna hitam sbb anak lelakinya ni meminati bunga rose warna hitam. Tetapi, selama aktif membuat kek ni, tidak pernah saya berjumpa dgn pewarna hitam. Cari2 punya cari, tak jumpa warna hitam, last2, saya tabur je serbuk oreo diatas bunga rose.

Inilah antara tempahan yg luarbiasa sbb kek kukus gabung dgn freshcream..hehehe. Dah kehendak customer, buat je lah! Resepi kek Hati Parik ada kat bawah ni, saya dapat daripada satu blog yg saya dah tak ingat blognya. Thanks kepada yg empunya resepi.


Bahan-Bahan kek:
5 biji telur
250g mentega
2 1/2 cawan gula
5 cawan tepung gandum 

300g kismis hitam
3/4 botol browning sugar
1 sudu makan bicarbonate
1 pack buah prune tanpa biji yang telah dikisar
1/2 tin susu manis

Cara: Mentega dan gula dipukul sehingga kembang dan selepas itu masukkan telur satu persatu . Kemudian masukkan susu pekat dan browning sugar. Selepas itu masukkan bicarbonate, kismis, buah prune dan tepung. Kacau sehingga semuanya sebati.Kukus untuk selama 5 jam.

2 ulasan:

  1. 3/4 browning sugar tu byk mana ye? saya ada BLACK TREACLE 1 botol besar 500gm.. so kena pakai 3/4 botol dr 500gm ni ke?

    BalasPadam
  2. 3/4 botol sama dgn 100gm browning sugar/ Black Treacle.- Rose

    BalasPadam