Jumaat, 3 Jun 2011

KEK BUAH


Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi resepi kek buah yg sedap. Resepi ni saya ambil dr sebuah blog, terima kasih kepada empunya resepi. Saya dah pernah cuba beberapa resepi kek buah, tetapi inilah yg terbaik setakat ini. Gambar di atas kek buah yg telah dsalut dengan fondant.

Inilah rupa kek buah yg telah dipotong dan sedia utk dimakan.

Bahan-bahannya:

·      1 3/4 cawan gula pasir
·      2 cawan air sejuk
·      2 cawan magerin /mentega
·      400g buah-buahan campuran
·      4 biji telur
·      2 cawan tepung gandum
·      2 cawan tepung naik sendiri
·      1 1/2 sudu teh baking powder
·      1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1.    Gula, air, mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga mendidih dan buah agak ringan. tutup api dan biarkan sejuk
2.    Tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama
3.    Pukul telur hingga kembang, masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah kaup balik.
4.    Masuk tepung, dan esen vanila, gaul kaedah kaup balik hingga rata. jgn gaul terlalu lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati
5.    Bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, selama 1 jam 180 darjah celcius .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan