Jumaat, 3 Jun 2011

Kek Ulang tahun kelahiran Nizhom- 2 tahun (Kek Ciffon Optima)

Apa khabar semua? Rasa agak lama juga tidak ber'blog', al-maklumlah sibuk membuat persiapan perkahwinan adikku Rosyelda bersama pasangannya Sofian. Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi satu resepi yg simple, tetapi, rasanya sedap & stukturnya lembut seperti kain ciffon..hehehe.
Sebelum itu, saya ingin bercerita sedikit anak lelakiku yang satu iaitu Pengiran Nizhomul Mulok.

Inilah dia hero ku yang aktif dan pintar. Gambar ni diambil sehari sebelum celebrate b'day.

Umur genap 2 tahun, tapi..perangainya..mcm2 ada...hehehe. Suka tiru aksi org lain.

Inilah kek harijadi Nizhom, simple je. Sbb buat last minit..buat jam 2-5 ptg. Jam 7.00 mlm celebrate..mmg express sgt2, tanpa lilin & aksesori b'day seperti selalu.

Ini pula diambil semasa hari celebrate b'daynya. Ada 3 jahitan didahi sbb terjatuh dipelamin. Mula2 belum bersedia utk sambut harijadinya, masa balik dr hospital . Adikku ckp, Nizhom jatuh & cedera sbb saya janji nak celebrate b'daynya dr 25hb Mei lg...Mungkin dia kempunan, so..apalagi, balik2 hospital terus je saya proses kek tu, nasib baik bahan2 dah ada.

Inilah rupa Kek Ciffon Optima, tak sempat belah utk letak krim kat dalam. Tapi, rasanya tetap sedap..Selamat mencuba!

KEK CHIFFON OPTIMA

500gm tepung optima @ Sponge mix flour
8 biji telur
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan susu (Saya bancuh 2 sudu susu tepung dlm 1/2 cwn air suam)
sedikit esen vanilla, sikit garam
Pukul telur bersama tepung dan susu. Pukul lebih kurang 20 minit, bila dah kental (angkat pemukul mixer adunan tak jatuh) masukkan butter cair kacau rata. Masuk dalam loyang bakar 150-160drjh cc 40-50 minit.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan