Lima tahun yang lalu, pada 31hb Julai 2006, lahirlah kembar ku Farah & Warda. Kelahiran yg telah dipermudahkan oleh Allah Subhana Wataala, pecah tetuban jam 8.00 malam & melahirkan Farah pada jam 11.30 malam dan disusuli pula oleh Warda pd jam 11.46 malam. Nasib baik tidak lahir pada jam 12.00 mlm, klu tidak,pasti tarikh lahir mereka berbeza. Sejak mula dilahirkan hinggalah kini, kembarku ini mudah dijaga, umpamanya menjaga seorang bayi, mungkin sebab kedua-duanya tidak banyak ragam, jika dibandingkan dgn anakku yg sulung. Cuma yg menyukarkan ialah terpaksa membuat kerja double, contohnya masa memandikan, memberi makan & membawa mereka ke dalam kereta utk dihantar ke rumah pengasuh. Syukur Alhamdulillah, segalanya telah saya lalui hinggalah mereka boleh berdikari serba sedikit sekarang ini.
Farah & Warda, keduanya mempunyai perwatakan yang berbeza. Farah: Mesra, talkative, suka bergaya, suka belajar (sbb tu skrg dia jauh lebih pandai membaca drpd Warda). Warda: Pendiam tp, suka memberi nasihat, perasan yg dirinya lelaki, kurang minat belajar, feelingless.
Inilah kek Farah, masa ni memang malas yg teramat sgt untk mendeko kek, sbb baru lps cabut gigi. Gusi masih sakit & pipi bengkak, so,buat je yg simple. Farah peminat warna purple, tp.. saya terlupa pula tentang hal tu, dan terbuatlah kek pink ni, sedangkan yg minat pink kakaknya yang sulung Uswatun..hehehe
Kek untuk Warda, peminat warna biru, sebelum buat kek ni lagi dia dah pesan nak kek biru..
Farah ketika berusia 2 tahun.
Ini pula Warda.. hehehe, muka lelaki....
Kehadiran Farah & Warda dalam hidup saya, tidak pernah saya duga. Mendapat anak kembar adalah impian ramai pasangan suami isteri. Dan saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang mempunyai anak kembar. Thank U Allah.. Allahu Akbar!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan