Selasa, 13 Mac 2012

AYAM PANGGANG MADU OREGANO

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan2 blogger dan para pengunjung Dapur Express. Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu resepi yang simple tetapi sedap dan menyelerakan. Ketika saya busy dengan kerja sekolah dan tempahan kek, saya suka buat ayam panggang ni sebab ianya memang mudah disediakan.Tak perlulah menghadap periuk belanga semasa memprosesnya.. panggang je kat dalam oven.. senangkan? Ok..jom layan resepi ni.


Bahan-bahannya:

Bahan A:-
2 ketul ayam (saiz besar)
2 ulas bawang merah (Ditumbuk lumat)
1 rangkai bawang putih (Ditumbuk lumat)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
Sedikit garam dan bahan perisa (Optional)

Bahan B:-

2 sudu makan madu
Sedikit oregano( Salah satu bahan untuk buat pizza)

Cara-cara membuatnya:

1. Gaul ayam bersama semua bahan A . Kalau nak sedap lagi perap selama 30 minit. (Saya selalu perap dari awal pagi sebelum pi kerja, waktu malam baru panggang. )
2. Kemudian panggang ayam di dalam oven dgn suhu yang sesuai untuk memanggang, saya selalu guna 250c.
3. Kalau dah masak, sapukan madu kat ayam tersebut. Tabur oregano. Panggang selama 2 minit.
4. Dah boleh hidang.. kalau rajin buatlah cecah cili+ limau, cecah kicap atau sos pun boleh.. yang penting..maaaaakan!

Ok.. selamat mencuba! Jadilah isteri yang cemerlang di rumah walaupun dibebani tugas-tugas rasmi!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan