Rabu, 1 Ogos 2012

Kek Suka Hati Kak Asnidah

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada para rakan blogger dan pengunjung Dapur Express. Hari ni merupakan hari ke-13 umat Islam menempuhi bulan Ramadhan pada tahun ini. Rasanya belum lewat untuk mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain di bulan yang mulia ini.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang kek yang ditempah oleh rakan sekerja iaitu Kak Asnidah Asmat. Kak As dan suaminya Dr. Zainuddin berkongsi hari lahir iaitu pada 18hb Julai, bestkan! Semasa Kak As order kek, saya rasa agak terkejut juga, mana tidak dia mau order kek ikut citarasanya, sampaikan saya pun tidak tau mau namakan kek ni. Apa yang Kak As order? Kata Kak As, dia mau kek coklat yang ringan, ada buah, ada krim dan banyak coklat. Hehehe.. pikir punya pikir dan sedikit perbincangan dengan kak As, maka saya pun buat Kek Coklat Span + buttercream + cocktail Fruit dan Ganache. Apa nama kek ni? Choc Cocktail Fruit sesuai tak? Apa2 lah yang penting kata Kak as, dan lain kali dia nak order kek yang macam ni juga.


Inilah Kak As bersama suami dan anak tunggalnya Ain. Happy family!! Macam sama ja rupa diaorg ni... hehehe. Semoga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.
Dr. Zainuddin bersama anak kesayangan.
                                             Kak As dan anaknya Ain yang seksi..hehehe

Terima kasih Kak As atas tempahan kek itu. Lain kali order lagi je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan