Khamis, 28 Oktober 2010

Ayam Panggang Seri Menanti


Ayam ni saya buat utk mkn malam semalam, walaupun kerja menyediakannya agak leceh tp, mmg berbaloi krn rasanya yg sedap. Rasanya seperti rasa gabungan ayam masak rendang & ayam percik..mmg sedaplah.. Ayam ni saya panggang sekejap je, klu nak yg kering lagi, bolehlah dipanggang dgn lebih lama... Resepi ni saya dapat dr rancangan Best+Wan di channel AFC yg dihoskan oleh Chef Wan, cuma yg saya buat ni, saya ubah suai sedikit....Selamat mencuba!

AYAM PANGGANG SERI MENANTI

Bahan2 dimesin
800 gm ayam atau 2 ketul yg besar mcm saiz jual kat pasar.
5 biji lada merah
7 biji cili padi
5 biji bawang merah
5 biji buah keras
1 rangkai/biji bawang putih
2cm kunyit
3 batang serai

2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit


Bahan2 tambahan:

1 biji santan kelapa/ 1 kotak kecil santan segera
1 gengam nenas masak yg telah diperah/dibuang airnya
garam dan gula

Cara2nya:
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan mesin. Biar hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan biar sebentar.
4. Masukkkan santan dan masak lagi sehingga kuah pekat.
5. Masukkan isi nenas.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Gaul sebati sehingga ayam separuh masak.
8. Angkat ayam & letak di dlm luyang. Tuang kuah di atas ayam. Tinggalkan sedikit kuah, masak sehingga pekat.

9. Masukkan luyang berisi ayam ke dlm oven dan bakar selama 10 - 20 minit dlm 200 - 250c, mengikut kepanasan oven masing2. 
10. Hidang di dalam bekas yg sesuai, kemudian tuang kuah lebihan tadi di atas ayam tersebut.
11. Makanlah apa lagi..hehehe, jgn lupa baca doa mkn.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan