Sabtu, 6 November 2010

Usus masak kicap


Entry utk kali ni agak pelik sbb tidak ramai yang reti mkn usus kerbau/lembu. Tapi, saya suka berkongsi resepi yg berbeza drpd menu kebiasaan yg kita mkn. Salah satu resepi pelik yg saya suka mkn ialah acar obor-obor. Acar obor-obro rasa mcm timun, cuma ada rasa laut & masin. Berbalik kepada resepi usus ni, rasanya mmg sedap, bagi org yg biasa mknlah, bagi yg tak pernah mkn mmg akan rasa tak seronok..hahaha..so, bagi yg berani, cubalah resepi ni..

Bahan-bahan:

500gm usus kerbau/lembu. (Simpul hujungnya terlebih dahulu, direbus hingga lembut. Kemudian dipotong kecil2.)
5 sudu besar rempah kicap atau rempah rendang (Bancuh dgn sedikit air)
3 sudu besar cili kering(kisar)/cili giling
5 ulas b.merah *
7 ulas b.putih*
2 inci halia*
3 batang serai*
4 biji buah keras ditumbuk lumat.
1 biji b.besar (kuning)- Potong besar2.
2 keping asam keping.
Sedikit bunga lawang, cengkih, buah pelaga & kayu manis = (Rempah ratus).
Kicap manis & kicap masin.
Lada merah- potong memanjang sebagai hiasan.
Sedikit garam, perisa & gula.


Bahan bertanda * dikisar atau tumbuk hingga lumat.

Cara2nya:

1. Panaskan minyak, masukkan b.merah & b. putih hingga naik bau.
2. Masukkan halia & serai, diikuti dgn rempah ratus.
3. Kemudian, masukkan rempah kicap & cili kisar. Tumis hingga likat, masukkan usus, gaul hingga sebati. Masukkan jg buah keras.
4. Bubuh kicap manis dan masin mengikut byk yg di sukai dan bubuh 1/2 gelas air. Tambahkan garam, bahan perisa, gula dan asam keping, gaul sebati.
5. Apabila agak kering masukkan b. besar & lada merah, kemudian gaul..
6. Apabila dah masak, hidanglah...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan