Ahad, 2 Disember 2012

KELAS MENDEKO KEK (FRESHCREAM + ICING IMAGE)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera! Agak lama tidak ber'blog', walaupun sebenarnya banyak resepi dan info yang ingin dikongsikan dengan pengunjung Dapur Express yang tidak jemu2 datang menjenguk ruangan ini. Malam ni tergeraklah pula jari-jemari ini untuk berblog.
Untuk kali ini, saya ingin berkongsi gambar2 Kelas Deko Kek guna freshcream dan icing image.
Kelas ni telah dihadiri oleh Kasieh Azieah, Diana Farehan dan Soley Tiqah (sorry ye dik kalau namanya salah..hehehe). Sebenarnya saya bukannya pakar dlm deko mendeko ni, apatah lagi untuk mengajar kepada orang. Tapi, saya berpegang pada satu prinsip iaitu "Ajarlah walau sedikit". Jadi, atas permintaan Azieah dan rakan2, maka saya pun bersedia utk berkongsi ilmu yang ada. Dan saya memang kagum dengan diaorang ni sebab rajin belajar deko mendeko ni walaupun, semuanya adalah lepasan universiti dan masih muda pula tu. 






Azieah dengan hasil kerjanya. 

Soleha dan keknya.
Nana ke?? Birunya...hehehe

Bersama hasil kerja masing-masing. Syabas sebab dapat buat ikut kreativiti masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan