Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Rabu, 10 September 2014

BISKUT IRISH

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.. Rasanya bertahun dah tak update entri kat blog ni. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yg tidak pernah jemu mengunjungi blog ku yang tak seberapa ni. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi resepi Biskut Irish sejenis kuih yang sedap tak terkata..hehehe. Kenapa?? Tak percaya ke? Kalau tak percaya kena cubalah buat biskut ni barulah tahu kebenaran kata2 saya ni. Sebenarnya resepi ni saya cedok daripada sebuah blog 'My kitchen diary' yang dikendalikan oleh Maklang. Terima kasih kepada empunya resepi. Semoga Allah memberikan ganjaran yan setimpal.  Resepi yang ada ni saya ada ubahsuai sikit..bahagian dekorasinya. ..so, apalagi? Jom layan...

Irish Cookies

Sumber : Noorbaya

A.

180g butter

130g gula castor

20g shortening

1 biji kuning telur

1st nescafe classic

1st esen/perisa kopi

B

1/2st baking powder }

200g tepung gandum } ayak

100g tepung ubi }

40g nestum (kisar kasar)


Hiasan:

Coklat masakan, coklat putih, badam flake yang dah dipanggang dalam oven (dihancurkan/ramas) dan choc. Rice.

Cara

Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B. Gaul/putar hingga sebati. Bulatkan kecil-kecil kemudian bentuk menggunakan penggiling tat gulung. Caranya, letak bulatan doh kat tapak tangan kemudian tekan penggiling kat doh. Tak perlu nipis sangat, yang penting ada bentuk. Kemudian, bakar biskut selama 20 minit atau sehingga masak pada 180C. 
Untuk melakukan operasi dekorasi kena biarkan biskut sejuk dulu. Cairkan coklat masakan, masukkan ke dalam piping bag atau plastik tahan panas yang berbucu. Gunting sedikit kat bahagian bucu, mulakan membuat bentuk zig-zag kat atas biskut. Taburkan almond flake yang dah dipanggang terlebih dahulu. Cairkan coklat putih, buat zig zag, kemudian tabur choc. rice. (Selalunya coklat putih cair akan meleleh, susah nak dibentuk, jadi..biarkan coklat putih cair selama 10 minit/ klu sejuk lebih mudah dibentuk).

Dekorasi yang saya buat memang agak rumit, tapi..berbaloi. Klu nak buat dekorasi cara lain pun boleh, tapi..rasanya juga akan berbeza. Pastikan coklat dah keras, barulah letak dlm balang/bekas.


Doh yang dah dibulatkan dan penggiling tat gulung.

Doh yang dah dibentuk.

Biskut yang dah siap dan sedia untuk dimakan.

Ok..selamat mencuba!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Biskut Tat Gulung Nenas

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsi resepi tat gulung nenas ini. Cuma kesibukan kerja, menyiapkan tempahan dan mengurus anak2 menyebabkan hasrat tu terpaksa ditunda hinggalah kehari ini. Resepi yang akan saya kongsikan kali ini, merupakan resepi tat gulung yang simple tetapi tidak rugi kalau dicuba. Tat gulung merupakan salah satu daripada biskut kegemaran saya. Anak2 pun suka dan tidak lupa juga emak saya. Klu nampak tat gulung, saya mesti ingat kat emak yang kini tinggal berasingan dengan kami. Dulu masa tinggal bersama-sama, tiap kali raya mesti buat biskut ni. Semoga tahun ni dapat jenguk mak kat kampung mak supaya dapat bawakan tat gulung untuk dia. Semoga dipermudahkan...ameen!
Bahan-bahan A:

500 gram tepung gandum
450 margerin
5 biji kuning telur
2 sudu makan gula aising
secubit garam

Inti nenas secukupnya
(ada jual siap sedia, klu rajin boleh buat sendiri).

 Bahan B:
2 biji kuning telur
Pewarna kuning telur.

Cara-cara:
Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat tat gulung.

1. Menggunakan tangan:
Gaul tepung bersama marjerin sehingga rata.
Masukkan kuning telur satu persatu, diikuti dengan gula dan garam.
Uli adunan sehingga sebati.
Bolehlah dibentuk menggunakan penggiling tat gulung atau pam tat gulung.
Bubuh inti nenas, kemudian gulung.

2. Menggunakan mixer kecil.
Putar marjerin, telur, gula dan garam sehingga kembang.
Masukkan tepung dan uli dengan tangan.
Bentuk menggunakan penggiling tat gulung atau pam tat gulung.
Bubuh inti nenas, kemudian gulung.

3. Menggunakan mixer besar.(Menggunakan pemutar hook)
Putar tepung bersama marjerin sehingga rata.
Masukkan kuning telur satu persatu, diikuti dengan gula dan garam.
Putar adunan sehingga sebati.
Bolehlah dibentuk menggunakan penggiling tat gulung atau pam tat gulung.
Bubuh inti nenas, kemudian gulung.

Bakar tat mengunakan 180 darjah selama 20 minit atau tat sudah agak keras/ hampir masak.
Sapu permukaan tat dengan bahan B yang telah digaul bersama. Bakar lagi lebih kurang 5 minit. Apabila dah masak sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam balang, klu tak nanti tat cepat rosak/berkulat.



Sabtu, 8 Oktober 2011

Biskut Tepung Ubi


Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu kepada para blogger dan pengunjung setia dapur express. Kalau hujung minggu begini ramai yg membawa keluarga berjln2 untuk bersiar2 atau jalan2 cari makan. Tapi, berbeza dengan saya, saya lebih suka berehat di rumah sebab susah nak dapat peluang berehat panjang. Kalau keluar pun utk shopping je, jarang pi jalan2 tempat lain. Lagipun saya bukan jenis yg suka bersiar2.
Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi resepi Biskut Tepung Ubi, salah satu biskut yang sempat saya buat utk raya tahun ni. Walaupun saya agak sibuk tapi, keinginan utk membuat biskut sendiri adalah tinggi. Jadi, saya buat mana yang senang dan pantas dibuat. Salah satunya adalah biskut ini, so, apalagi, jom layan biskut ni.

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
3 cawan tepung ubi kayu
1 1/2 cawan marjerin
1 1/2 cawan gula halus
3 biji kuning telur

Cara-caranya:
1. Putar marjerin dan gula halus sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur. Putar lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Gaul sebati.
4. Bentuk guna acuan yg disukai. Bakar dlm oven dgn suhu 175c. Tunggu biskut sejuk. Barulah boleh dihias menggunakan coklat masakan yg tlh di  masak menggunakan kaedah double boil. Tambah colourful chocolate rice sebagai hiasan.

Klu ada pemutar roti besi yg melingkar tu, korang putar je bahan2 tu sekali.

Rasa biskut ni lemak2 manis.. sedap gitu.. selamat mencuba!
  

Jumaat, 16 September 2011

Biskut Raya 2011


Assalammualaikum & Selamat sejahtera kepada rakan bloggers dan para pengunjung Dapur Express. Rasanya hampir 2 bulan saya tidak mengemaskini ruangan ini. Kesibukan membuat persiapan hari raya, memenuhi tempahan kek/tat dan kesibukan menjalankan tugas2 rasmi, menyebabkan masa agak terbatas utk menjenguk blog ini. Dan di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin sekiranya pernah menyinggung perasaan mana2 pihak. Untuk entry kali ni, saya hanya ingin berkongsi gambar2 biskut raya yang sempat saya buat utk raya kali ini. Saya sangat berbesar hati utk berkongsi resepinya, tp, bukan untk entry kali ni, resepinya akan saya post'kan kemudian:- bergantung pada kelapangan masa.  Dan apabila saya melihat pada jumlah mengunjungi blog ni, melebihi 5000 org pd masa ini, cuma pengikutnya sahaja yg terlalu sedikit iaitu 17 org. Saya berharap ada para pengunjung yg sudi menjadi follower blog ini utk menunjukkan sokongan anda. Barulah semangat mau ber'blog..hehehe. Apa2pun, mari kita layan biskut2 ni.



Biskut Irish:Biskut yg paling beraroma semasa d bakar. Gabungan rasa nescafe & kopi membuat biskut ini menjadi salah satu biskut yg saya gemari.

Biskut Irish:- Buat kali kedua.


Biskut Badam Putih. (Saya gelar biskut ni dgn nama Biskut Hodoh yang sedap)

Biskut Almond London:- Biskut kegemaran anak2.


Biskut Tepung Ubi:- Masa raya kat rmh emak saudara (Adik bapa), sempatlah minta resepi biskut ni. Biskut ni mmg sedap, masa mkn biskut ni kat rmh mak cik, dia buat simple je tak de coklat. Saya je saja2 bubuh coklat supaya nampak lebih menyelerakan. Dan klu korang perasan, biskut ni ada cop nama panggilan saya Rose...saja2 je nak test pencetak biskut...hehehe.

Selain drpd biskut kat atas ni, saya juga ada buat biskut Ulat Bulu dan Tat nenas, tp.. tak larat dah nak upload. Nantilah klu ada masa saya akan upload. Selamat menjamu mata!!

Isnin, 13 Disember 2010

Biskut Almond London

Memandangkan krismas semakin hampir, maka ada antara kenalan yg minta agar resepi Biskut Almond London ni di'post'kan di blog ni. Tapi, buat masa ni hanya resepi je yg dpt saya sertakan, gambarnya akan di'post'kan kemudian..So, selamat mencuba biskut yg sedap ni...hehehe

Bahan2nya:

250g mentega
200g tepung gandum/tepung hong kong
50g gula aising
150g tepung kanji/tepung ubi
50g susu tepun  (Saya selalu guna nespray- sila ikut sukatan ni, klu korang letak byk susu, nanti cpt hangus)
1/2 sudu teh esen vanila
(Boleh jg letak sebiji kuning telur, tp, saya tdk suka letak telur sbb biskut akan mengembang)
Badam biji ( Dipanggang dlm oven sehingga masak/Boleh jg digoreng dgn sedikit minyak - api perlahan)
Coklat masakan/Cooking chocolate (Boleh jg menggunakan Extra cooking chocolate- Klu guna Extra cooking chocolate, tdk perlu guna choco butter)
Choco butter (Berwarna putih dan keras mcm lilin- sekiranya tdk ada choco butter, boleh jg menggunakan sedikit butter)
Badam cincang (Utk hiasan)
Cawan kek

Cara2nya:

Putar mentega dan guna sehingga sebati. Masukkan esen vanila, susu tepung diikuti dgn tepung kanji. Putar lagi hingga sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul guna senduk atau tangan. Bubuh tepung gandum sehingga adunan dpt dibentuk, klu tepung kurang boleh di tambah dan klu lebih, tdk perlu letak semua.
Bentuk adunan bulat2 sebesar ibu jari, kemudian masuk kan 1 biji badam ke dalamnya, bentuk memanjang ikut bentuk badam. Buat sehingga badam dan adunan habis, lebih baik buat kecil2 sbb apabila masak biskut akan mengembang sedikit.
Kemudian susun doh yg telah dibentuk ke dlm luyang dan bakar pada suhu 175. Bakar lebih kurang 10 minit, tengok dibawah biskut, apabila berwarna kekuning-kuningan, maksudnya sudah masaklah tu.
Untuk proses meletakkan topping coklat, biskut hendaklah di sejukkan dulu. (Selalunya saya akan biarkan biskut yg telah sejuk di dalam balang kedap udara selama 1 mlm).
Coklat masakan dimasak cara double boil bersama sedikit choco butter. Tuangkan coklat yg telah cair ke atas biskut yg telah disusun d dlm cawan kek. Kemudian tabur badam cincai di atasnya sebagai hiasan. Biarkan sejuk dan mengeras. Klu menggunakan choco butter tdk perlu di sejukkan di dalam peti ais sbb biskut akan menggeras dgn sendirinya.
Jadi korang cubalah buat...klu tak jadi, cuba lagi...hehehe

Selasa, 26 Oktober 2010

Biskut Ulat Bulu



Biskut ni antara biskut kegemaran saya dan anak2. Ada kisah di sebalik biskut ni, tulah pasal sayang sgt kat biskut ni. Begini Al-kisahnya, sebelum tahu cara membuat biskut ni, saya pernah minta resepi biskut ni kat jiran2, tp...seperti biasa org kedekut nak bagi. So, apa yg saya buat, pi beli sebalang biskut ni, kemudian baca bahan2 yg ada kat tepi balang tersebut. Tp, paham2 je lah, klu bhn2 kat tepi balang, selalunya tertera bhn2 je, kuantitinya mmg tak ada. Apalagi, balik rmh, saya terus buat experimen, setelah sekian lama membuat eksperimen, akhirnya..inilah hasilnya..Maka, tiap2 tahun..biskut ni mmg akan wujud dlm bekas utk hidangan hari raya...hehehe. Biskut ni mmg sedap..cubalah.

Ulat bulu

300gm t. gandum
150gm t.jagung
50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray)
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut)

cara2nya:
Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung. Putar hingga sebati. Masukkan t.jagung & tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati..Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Klu sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm. Slps itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat. Masukkan kedlm luyang & bakar pd suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan biskut ini msk atau tdk sbb walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tp..klu sdh letak diluar, ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.