Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan

Ahad, 1 Julai 2012

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK IPAR - DG. SAINAH PG. MULOK

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada para pengunjung Dapur Express yang tidak jemu2 melawat ruangan ini. Terasa agak lama tidak mencoret sesuatu di blog ini. Bukannya tidak sudi berkongsi resepi atau cerita, cuma kemalasan membelenggu diri ini. Kadang-kadang nak buka laptop untuk online pun payah. Insya Allah, kalau ada kelapangan saya akan kongsikan beberapa gambar kek dan resepi yang mungkin boleh dicuba oleh rakan2 semua.
Untuk kali ini, saya ingin berkongsikan gambar majlis perkahwinan adik ipar yang berlangsung pada akhir Mei baru ni.

Ini sahaja kek yang mampu saya buat untuk majlis ini. Kesibukan diri mengurus makanan masa nikah dan hari sebelumnya menyebabkan sukar untuk fokus membuat kek. Nasib baik masa majlis persandingan, order makanan dari luar je, so, tak lah sibuk sangat. Badan betul2 tak larat sbb busy urus perpindahan sekolah dan rumah. 

Bagai pinang dibelah dua, semoga berkekalan hendak hingga ke akhir hayat.
Kek ni je yang mampu buat... yang penting ada..hehehe.
Masa malam berinai, sempat lagi sambut hari lahir anakku yang bungsu: Nizhom. Dah 3 tahun umur hero ummi.. semoga panjang umur dan jadi anak yang soleh! Ameen!
Nizhom bersama hadiah pemberian adikku Ida.
Puteri-puteriku. Dah jadi perawan anak2 ummi. Tak ade pun macam rupa ummi..
My darling: Buat ucapan utk para hadirin, mewakili seluruh ahli keluarga.
My sister: Rosyelda (Ida).
Anak2 ummi..sayang semuanya!
Dan aku..hehehe. Dah terlebih sihat, bahagialah katakan!

 Ok, tu je untuk kali ni. Jumpa lagi..tata!

Isnin, 3 Januari 2011

Kek Hantaran adikku..

1.1.11~ majlis pertunangan adikku Rosyelda bersama Mohd. Sofian. Semoga hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin & hingga ke akhir hayat. Di majlis bersejarah mereka, saya mengambil kesempatan membuat deko yg telah saya pelajari drpd Alissa. Kek hantaran ni menggunakan fondant, royal icing & plastic icing. Inilah 1st time deko kek guna fondant tanpa bimbingan sesiapa, belum begitu pakar, tp..akan berusaha utk menjadi lebih baik.

Inilah wajah adikku yg bertunang. Pink2 gitu..hehehe

Ayunya....hehehe

Nun jauh di sana..mini pelamin yg telah saya buat. Saya ni mmg lemah bab gubah bunga..so, saya main letak ja bunga2 tu..

Saya bersama makcik yg bungsu & sepupu bapa... penat oh urus org bertunang..
My princess... 

My hero~ Nizhom & my hubby nampak sekerat ja...hehehe