Memaparkan catatan dengan label Bun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bun. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2011

Anak Bun

Bun ditempah oleh kawan sekerja 'Intan', tempahan sebyk 200 biji. Masa buat bun ni suka sangat sebab kombinasi warna putih dan purple begitu menyerlah, cuma dlm gambar ni warna purple jd mcm biru. Anak bun ni saya buat ikut resepi bun yg saya belajar kat tempat Alissa corner, lps tu letak freshcream dan krim keladi...mmmm... yummy!

Khamis, 3 Februari 2011

Hawaian Pizza

Hari ni cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina, so, masa untuk menyediakan breakfast agak panjang sbb tak payah kelam-kabut nak pi sekolah. Apalagi macam-macamlah idea yg datang, last2 saya buat Hawaian Pizza je. Sejak rajin baking cakes, Pizzas & buns ni, berat badan naik secara mendadak. Rasa takut pun ada, tp, nak buat mcmana, klu dah buat pizza atau bun kena jg makan. Tak baik membazir..hehehe (Alasan je).
Bercerita tentang pizza ni, resepi saya ambik dari sebuah buku masakan yang saya beli, iaitu 'Joy of baking'. Cuma yang saya buat kali ni, saya ubah suai ikut citarasa saya & famili. So, siapa yg nak mencuba tu, sila-sila lah, jgn malu-malu. 

Doh Pizza

250 gram tepung roti (protein tinggi/tepung gluten) Saya beli kat Bake with me.
140ml air sejuk
1/2 sudu besar yis segera (Saf- instant)
5 gram garam ( 1 sudu teh garam)
2 sudu besar minyak

Cara membuatnya:

1. Adunkan tepung, air sejuk, yis segera dan garam dlm mangkuk pencampuran. Lenyehkan selama beberapa saat dengan pemukul 'hook' ( Besi mixer yg berlingkar) kemudian tambah minyak. Adun sehingga doh itu elastik.
2. Pindah adunan kedalam bekas yang agak besar. Tutup bekas tersebut tuala basah, biarkan adunan lebih kurang 30 minit. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
3. Nipiskan doh & letakkan doh dalam 2 acuan bersaiz 9" yg disapu minyak.
4. Bagi doh naik selama 20-25 minit & bakar tapak pizza setengah masak pada 220c selama 15 minit.
5. Sapukan sos pizza secara rata pada tapak pizza dan tambahkan topping kesukaan anda. Saya letak isi ayam yg telah direbus, hirisan nenas, hirisan cendawan, moza cheese & oregano. Dan, saya guna sos cili biasa ja, klu nak lagi pedas boleh letak hirisan lada merah.
6. Bakar lagi selama 15 minit atau sehingga tapak pizza berwarna kekuningan.



                 Saya guna acuan springfoam, klu guna acuan jenis ni, tak perlu sapu minyak.


Nikmat!

Saya makan 2 potongan yang besar. Yg best suami pun mkn 2 potong, klu kat mkn pizza kat luar, dia mkn satu potong ja. Senyum manjang tgk suami mkn..hehehe 

Sabtu, 8 Januari 2011

BELAJAR BUAT BUN @ ALISSA & AFIQAH FOOD CORNER~TUARAN

 Sebelum mula belajar buat bun, breakfast dulu merangkap mkn tengahari. Makan rojak yg sedap..byk lagi tu. Lps mkn rasa mcm mau tertidur...hehehe


Inilah dia sifu Alissa...busy nampak..

Sessi pembelajaran bermula... khusyuknya mendengar arahan...hehehe


Sayakah tu? Tekunnya? Mcm membaca buku ja...hehehe

Lepas sesi pembelajaran, sempat lagi posing: Saya, Sifu Alissa & seorg lagi student membuat bun & ganache dr Papar (Aziah).

Inilah bun & pizza yg telah saya hasilkan...mmg sedap semuanya..bun yg lembut. Nda rugi pi belajar. Terima kasih kpd sifu Alissa atas tunjuk ajar.

Setelah 2 jam lebih, akhirnya siap juga aktiviti belajar membuat bun & pizza.