Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan

Sabtu, 15 September 2012

Tempe + bilis kering


Bahan-bahan:

Tempe - dihiris nipis dan digoreng sampai garing.
Ikan bilis digoreng sampai rangup.
2 ulas bawang merah.- hiris nipis
3 ulas bawang putih.- hiris nipis
1 biji bawang besar.- hiris tebal.
1 gengam lada putih (klik utk imej) -Hiris belah dua. 
Sedikit garam dan bahan perisa.

Cara-caranya :
1. Tumis bawang merah dan putih hingga agak kekuningan.
2. Masukkan lada putih dan bawang besar.
3. Masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng.
4. Tambahkan garam dan bahan perisa. (Boleh jg tambah sedikit air asam jawa)
5. Gaul hingga sebati dan kering.
6. Sedia utk dihidang.



BUNGA BETIK TUMIS

Assalammualaikum dan selamat malam! Malam menunjukkan jam 11.05, tapi mata belum mengantuk lagi. Nak ber'facebook' pun tak de mood, so, last2 ber'blog'lah jawabnya. 
Pernah tak nampak bunga betik macam gambar kat bawah ni. Ah..inilah bunga betik jantan, klu biar lama2 pun takkan jadi buah, akan layu dan jatuh berguguran. Jadi sebelum jatuh berguguran kat tanah, baik petik dan tumis dengan udang kering. Sedap tau! Sebenarnya bunga betik ni memang pahit, sesuai untuk ubat kencing manis, tapi ada cara nak kurangkan pahitnya.

Bunga betik yang telah direbus dengan sedikit asam jawa.
Lada putih. Lada ni ada 2 jenis: Pedas dan tak pedas. Untuk masakan ni sesuai yang pedas utk menyeimbangkan rasa pahit.
Bunga betik yang telah dimasak dan sedia untuk dimakan. Sayur ni memang kegemaran saya, klu ada jual kat pasar, memang wajib beli.

Bahan-bahan;

3 gengam bunga betik jantan;-Rebus dengan 1 sudu makan asam jawa sehingga layu, kemudian toskan.
( Boleh dicampur dengan batang yg lembut dan pucuk betik)
2 ulas bawang merah - Tumbuk hingga lumat
3 ulas bawang putih-Tumbuk hingga lumat
7 biji lada putih - Hiris tebal/ Belah dua.
(Boleh juga mengunakan cili padi/taiwan)
Segengam udang kering - Tumbuk hingga lumat
Sedikit garam dan Ajinomoto
Minyak utk menumis.

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan putih, gaul hingga naik bau.
2. Masukkan lada putih dan diikuti dengan udang kering.
3. Tambah garam dan Ajinomoto.
4. Masukkan bunga betik yang telah direbus dan tumis sehingga kering.
5. Sedia untuk dihidang, sedap makan masa panas-panas.
(Tidak boleh tambah air dalam masak ni, nanti akan bertambah pahit. Untuk tujuan perubatan, tidak perlu rebus bunga betik tersebut, tumis je terus, ikut resepi di atas)

Itulah tadi resepi yang mudah dan ringkas. Selalu kalau saya makan sayur ni, tak perlulah lauk lain, makan ni dengan nasi pun dah cukup. Rasa lebih sedap sebab tak terganggu dengan rasa lauk lain. Apa2pun, klu berani cubalah..hehehe.



Ahad, 23 Januari 2011

Sambal mangga muda + bilis


 Memandangkan sekarang ni kat sekitar Kota Kinabalu adalah musim mangga, so..entry kali ni ada kaitan dgn mangga muda. 'Mangga muda + bilis' satu menu yg simple tetapi menyelerakan. Resepi ni agak popular kat Sabah.. tak tau lah pula kat tempat lain. Dan resepi ni tak ada nama khusus, buka2 mata kat dunia ni, mmg resepi ni mmg wujud dah kat dalam family kami. Bapa selalu buat menu ni klu kami adik-beradik balik kat kampung. Untung juga dapat bapa yg pandai masak...air tgn lelaki lah katakan, rasa pasti berbeza..hehehe. Menu ni mmg one of my favorite...terliur dah ni, so.. korang layan je lah resepi yg simple ni...

Bahan2nya:

5 biji mangga muda (Buang kulit & belah 4)
Segengam bilis kering ( Bilis kering ada 2 jenis: 1 yg dimasak dgn tawas & yg 1 lagi yg terus dijemur di bwh panas matahari, saya guna yg di jemur  )
2 ulas bawang merah
5 biji cili padi ( Klu nak pedas, korang bubuhkah byk2)
sedikit garam
Klu nak boleh bubuh gula sikit

Cara2nya:

1. Goreng bilis yg telah dibersih tanpa menggunakan minyak . Petua klu nak ranggup, jgn cuci dulu bilisnya. Dgn api yg perlahan, goreng hingga masak.
2. Masukkan bawang & cili dlm lesung batu.( Saya guna chopper elektrik je, lg senang) Tumbuk hingga agak lumat, masukkan mangga. Tumbuk lagi.
3. Cuci bilis dgn air bersih, kemudian masukkan ke dalam lesung tadi. Tumbuk hingga agak lumat juga. Masukkan garam & gula, sesuaikan rasa mengikut lidah masing2..hehehe
4. Boleh hidang & makan.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Mari mulakan...

Mula ber'blog' hari ni, byk benda yg ingin di kongsikan.. Mudah2an akan buat yg terbaik utk diri sendiri dan org lain...ameen. Blog ini akan mem'fokus'kan aktiviti masak2 & juga hal2 perguruan...al-maklum, saya ni kan telah dilahirkan sebagai seorg guru.