Assalamualaikum. Ramadhan Kareem. Hari ni nak share cara-cara membuat sambal tomato yg mudah disediakan, tetapi, rasanya sangat sedap.
DAPUR EXPRESS
SELAMAT DATANG KE DAPUR EXPRESS.
Ahad, 23 Disember 2018
Cara-cara melapis atau mewarna kek karamel
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kepada para pengunjung blog ini. Maaf sangat-sangat, dah lama tak update blog ni. Hari ni saya akan tunjukkan cara-cara melapis kek karamel. Klik kat link ni https://youtu.be/47qQxl0PYn4
Terima kasih kepada para pengunjung blog ini. Maaf sangat-sangat, dah lama tak update blog ni. Hari ni saya akan tunjukkan cara-cara melapis kek karamel. Klik kat link ni https://youtu.be/47qQxl0PYn4
Rabu, 10 September 2014
BISKUT IRISH
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.. Rasanya bertahun dah tak update entri kat blog ni. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yg tidak pernah jemu mengunjungi blog ku yang tak seberapa ni. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi resepi Biskut Irish sejenis kuih yang sedap tak terkata..hehehe. Kenapa?? Tak percaya ke? Kalau tak percaya kena cubalah buat biskut ni barulah tahu kebenaran kata2 saya ni. Sebenarnya resepi ni saya cedok daripada sebuah blog 'My kitchen diary' yang dikendalikan oleh Maklang. Terima kasih kepada empunya resepi. Semoga Allah memberikan ganjaran yan setimpal. Resepi yang ada ni saya ada ubahsuai sikit..bahagian dekorasinya. ..so, apalagi? Jom layan...
Irish Cookies
Sumber : Noorbaya
A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe classic
1st esen/perisa kopi
B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)
Hiasan:
Coklat masakan, coklat putih, badam flake yang dah dipanggang dalam oven (dihancurkan/ramas) dan choc.
Rice.
Cara
Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B. Gaul/putar hingga sebati. Bulatkan
kecil-kecil kemudian bentuk menggunakan penggiling tat gulung. Caranya, letak bulatan doh kat tapak tangan kemudian tekan penggiling kat doh. Tak perlu nipis sangat, yang penting ada bentuk. Kemudian, bakar biskut selama 20 minit atau sehingga masak pada 180C.
Untuk melakukan operasi dekorasi kena biarkan biskut sejuk dulu. Cairkan coklat masakan, masukkan ke dalam piping bag atau plastik tahan panas yang berbucu. Gunting sedikit kat bahagian bucu, mulakan membuat bentuk zig-zag kat atas biskut. Taburkan almond flake yang dah dipanggang terlebih dahulu. Cairkan coklat putih, buat zig zag, kemudian tabur choc. rice. (Selalunya coklat putih cair akan meleleh, susah nak dibentuk, jadi..biarkan coklat putih cair selama 10 minit/ klu sejuk lebih mudah dibentuk).
Dekorasi yang saya buat memang agak rumit, tapi..berbaloi. Klu nak buat dekorasi cara lain pun boleh, tapi..rasanya juga akan berbeza. Pastikan coklat dah keras, barulah letak dlm balang/bekas.
Untuk melakukan operasi dekorasi kena biarkan biskut sejuk dulu. Cairkan coklat masakan, masukkan ke dalam piping bag atau plastik tahan panas yang berbucu. Gunting sedikit kat bahagian bucu, mulakan membuat bentuk zig-zag kat atas biskut. Taburkan almond flake yang dah dipanggang terlebih dahulu. Cairkan coklat putih, buat zig zag, kemudian tabur choc. rice. (Selalunya coklat putih cair akan meleleh, susah nak dibentuk, jadi..biarkan coklat putih cair selama 10 minit/ klu sejuk lebih mudah dibentuk).
Dekorasi yang saya buat memang agak rumit, tapi..berbaloi. Klu nak buat dekorasi cara lain pun boleh, tapi..rasanya juga akan berbeza. Pastikan coklat dah keras, barulah letak dlm balang/bekas.
Doh yang dah dibulatkan dan penggiling tat gulung.
Doh yang dah dibentuk.
Biskut yang dah siap dan sedia untuk dimakan.
Ok..selamat mencuba!
Ahad, 2 Disember 2012
KELAS MENDEKO KEK (FRESHCREAM + ICING IMAGE)
Assalammualaikum dan selamat sejahtera! Agak lama tidak ber'blog', walaupun sebenarnya banyak resepi dan info yang ingin dikongsikan dengan pengunjung Dapur Express yang tidak jemu2 datang menjenguk ruangan ini. Malam ni tergeraklah pula jari-jemari ini untuk berblog.
Untuk kali ini, saya ingin berkongsi gambar2 Kelas Deko Kek guna freshcream dan icing image.
Kelas ni telah dihadiri oleh Kasieh Azieah, Diana Farehan dan Soley Tiqah (sorry ye dik kalau namanya salah..hehehe). Sebenarnya saya bukannya pakar dlm deko mendeko ni, apatah lagi untuk mengajar kepada orang. Tapi, saya berpegang pada satu prinsip iaitu "Ajarlah walau sedikit". Jadi, atas permintaan Azieah dan rakan2, maka saya pun bersedia utk berkongsi ilmu yang ada. Dan saya memang kagum dengan diaorang ni sebab rajin belajar deko mendeko ni walaupun, semuanya adalah lepasan universiti dan masih muda pula tu.
Azieah dengan hasil kerjanya.
Soleha dan keknya.
Nana ke?? Birunya...hehehe
Bersama hasil kerja masing-masing. Syabas sebab dapat buat ikut kreativiti masing-masing.
Sabtu, 15 September 2012
Tempe + bilis kering
Bahan-bahan:
Tempe - dihiris nipis dan digoreng sampai garing.
Ikan bilis digoreng sampai rangup.
2 ulas bawang merah.- hiris nipis
3 ulas bawang putih.- hiris nipis
1 biji bawang besar.- hiris tebal.
1 gengam lada putih (klik utk imej) -Hiris belah dua.
Sedikit garam dan bahan perisa.
Cara-caranya :
1. Tumis bawang merah dan putih hingga agak kekuningan.
2. Masukkan lada putih dan bawang besar.
3. Masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng.
4. Tambahkan garam dan bahan perisa. (Boleh jg tambah sedikit air asam jawa)
5. Gaul hingga sebati dan kering.
6. Sedia utk dihidang.
BUNGA BETIK TUMIS
Assalammualaikum dan selamat malam! Malam menunjukkan jam 11.05, tapi mata belum mengantuk lagi. Nak ber'facebook' pun tak de mood, so, last2 ber'blog'lah jawabnya.
Pernah tak nampak bunga betik macam gambar kat bawah ni. Ah..inilah bunga betik jantan, klu biar lama2 pun takkan jadi buah, akan layu dan jatuh berguguran. Jadi sebelum jatuh berguguran kat tanah, baik petik dan tumis dengan udang kering. Sedap tau! Sebenarnya bunga betik ni memang pahit, sesuai untuk ubat kencing manis, tapi ada cara nak kurangkan pahitnya.
Bunga betik yang telah direbus dengan sedikit asam jawa.
Lada putih. Lada ni ada 2 jenis: Pedas dan tak pedas. Untuk masakan ni sesuai yang pedas utk menyeimbangkan rasa pahit.
Bunga betik yang telah dimasak dan sedia untuk dimakan. Sayur ni memang kegemaran saya, klu ada jual kat pasar, memang wajib beli.Bahan-bahan;
3 gengam bunga betik jantan;-Rebus dengan 1 sudu makan asam jawa sehingga layu, kemudian toskan.
( Boleh dicampur dengan batang yg lembut dan pucuk betik)
2 ulas bawang merah - Tumbuk hingga lumat
3 ulas bawang putih-Tumbuk hingga lumat
7 biji lada putih - Hiris tebal/ Belah dua.
(Boleh juga mengunakan cili padi/taiwan)
Segengam udang kering - Tumbuk hingga lumat
Sedikit garam dan Ajinomoto
Minyak utk menumis.
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan putih, gaul hingga naik bau.
2. Masukkan lada putih dan diikuti dengan udang kering.
3. Tambah garam dan Ajinomoto.
4. Masukkan bunga betik yang telah direbus dan tumis sehingga kering.
5. Sedia untuk dihidang, sedap makan masa panas-panas.
(Tidak boleh tambah air dalam masak ni, nanti akan bertambah pahit. Untuk tujuan perubatan, tidak perlu rebus bunga betik tersebut, tumis je terus, ikut resepi di atas)
Itulah tadi resepi yang mudah dan ringkas. Selalu kalau saya makan sayur ni, tak perlulah lauk lain, makan ni dengan nasi pun dah cukup. Rasa lebih sedap sebab tak terganggu dengan rasa lauk lain. Apa2pun, klu berani cubalah..hehehe.
Isnin, 27 Ogos 2012
Raya 2012
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni merupakan hari ke-9 umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada para pengunjung Dapur Express yang beragama Islam. Sepuluh jari disusun untuk memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kekurangan yang pernah di 'post' kan di blog ini. Saya hanya insan biasa yang biasa-biasa sahaja, sudah pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Raya kali ini, sama juga seperti raya-raya yang lalu, cuma kali ini pada raya pertama saya menyambut hari raya di kampung suami. Kemudian raya ke-2 hingga ke-7 kami balik beraya ke kampung saya iaitu di Kota Belud, Sabah. Tahun depan belum tau lagi, mudah2an dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk merasai suasana raya 2013.
Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi gambar-gambar raya kami sekeluarga.
Persediaan untuk raya, suami yang tolong susun. Susunan mcm mau buat jualan murah..hehehe
Suami dan anak2.. terpaksa saya jadi jurufoto sbb tak de org lain.. |
Saya dan anak-anak. |
Tema kelabu, walaupun saya dan hubby tak suka color ni. |
Saya dan suami... si kurus dan si gemuk..hehehe |
Uswatun (Anak sulung = 8 tahun) |
Farah (Anak ke-2 = 6 tahun) |
Warda ( Anak Ke-3 = 6 tahun) |
Nizhom (Bungsu = 3 tahun) |
Natasha (Anak Saudara) dan Warda |
Posing lagi.. |
Posing raya ke-2 bersama anak saudara = Haikal |
3 perawan..hehehe |
Dan ni tentulah saya.. posing raya ke-2..hehehe |
Langgan:
Catatan (Atom)